DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN MULIA NABI MUHAMMAD S.A.W.

SELAMAT DATANG KE BLOG QASEH UMMI

SELAMAT DATANG KE BLOG QASEH UMMI

Thursday, May 27, 2010

TAWAKAL KEPADA ALLAH S.W.T

SURAH 26, ASY-SYU’ARAA’ , JUZ 19, AYAT 217-220

(217).Dan berserahlah kepada ALLAH Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
(218).Yang melihatmu semasa engkau berdiri (mengerjakan sembahyang).
(219). Dan (melihat) gerak-gerimu diantara orang-orang yang sujud.
(220). Sesungguhnya Dia-lah jua yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

SURAH 33, AL-AHZAB, JUZ 21, AYAT 3

(3). Dan berserahlah kepada ALLAH (dan janganlah menumpukan harapanmu kepada yang lain), kerana cukuplah ALLAH menjadi Pentadbir urusanmu.

SURAH 64, AT-TAGHAABUN, JUZ 28, AYAT 13

(13). ALLAH, tiada Tuhan melainkan Dia, dan dengan yang demikian, kepada ALLAH jualah orang-orang yang beriman wajib berserah diri.

SURAH 65, AT-TALAAQ, JUZ 28, AYAT 3

(3). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada ALLAH, maka ALLAH cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya ALLAH tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. ALLAH telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

No comments: