DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN MULIA NABI MUHAMMAD S.A.W.

SELAMAT DATANG KE BLOG QASEH UMMI

SELAMAT DATANG KE BLOG QASEH UMMI

Thursday, May 27, 2010

TAWAKAL KEPADA ALLAH S.W.T

SURAH 26, ASY-SYU’ARAA’ , JUZ 19, AYAT 217-220

(217).Dan berserahlah kepada ALLAH Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
(218).Yang melihatmu semasa engkau berdiri (mengerjakan sembahyang).
(219). Dan (melihat) gerak-gerimu diantara orang-orang yang sujud.
(220). Sesungguhnya Dia-lah jua yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

SURAH 33, AL-AHZAB, JUZ 21, AYAT 3

(3). Dan berserahlah kepada ALLAH (dan janganlah menumpukan harapanmu kepada yang lain), kerana cukuplah ALLAH menjadi Pentadbir urusanmu.

SURAH 64, AT-TAGHAABUN, JUZ 28, AYAT 13

(13). ALLAH, tiada Tuhan melainkan Dia, dan dengan yang demikian, kepada ALLAH jualah orang-orang yang beriman wajib berserah diri.

SURAH 65, AT-TALAAQ, JUZ 28, AYAT 3

(3). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada ALLAH, maka ALLAH cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya ALLAH tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. ALLAH telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Thursday, May 20, 2010

Bertautnya cinta

Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amal kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang islam (yang berserah diri) kepada-Mu, dan jadikanlah daripada keturunan kami umat islam (yang berserah diri)kepada-Mu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (al-Baqarah: 127-128)

KELUARGA BARU

IBU & BAPA MERTUAKU.....

Alhamdulillah......terima kasih tidak terhingga utk mak & pak kerana merestui cinta kami.... Bersyukur sangat terhadap ILLAHI kerana dikurniakan ibu bapa mertua sebaik kalian..... Rasa disayangi...diterima dengan sepenuh hati. Semoga kasih antara kita berkekalan dan bertambah dalam. I LOVE BOTH OF YOU!

Wednesday, May 12, 2010

Terima Kasih Ayah Emak!


Ya ALLAH, kasihilah ayah dan emakku seperti mereka mengasihiku.
Ayah Emak...terima kasih tidak terhingga atas segala yang kalian lakukan untuk anakmu ini. Kasih dan cinta yang kalian curahkan...hanya ALLAH yang mampu membalasnya. Bermula daripada aku lahir ke dunia sehinggalah kini...kalian mendidikku tanpa pernah jemu. Daku sangat bersyukur dikurniakan ibubapa sehebat kalian....terima kasih yang tidak terhingga ku ucapkan. Ku harapkan agar doa kalian sentiasa mengiringi kehidupanku di dunia dan akhirat. Amin.
I REALLY LOVE BOTH OF YOU!

test...test....

Syukur Alhamdulillah.....akhirnya...setelah berkali - kali mencipta blog sendiri....buat, pastu tinggal, pastu lupe password... berulang-ulang macam tu...heheh...kali ni...aku harap-harap 100% komitmen...heheh...

Ermmm....dah lama sebenarnya nak ada blog sendiri bila tengok suamiku yang tercinta ada blog sendiri.....terlintas lak nak wat blog...coret2 ape2...hurmm...mcm best je kan.... hope blog ni dapat beri kebaikan kepada semua... amin.