DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN MULIA NABI MUHAMMAD S.A.W.

SELAMAT DATANG KE BLOG QASEH UMMI

SELAMAT DATANG KE BLOG QASEH UMMI

Friday, April 22, 2011

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)

23/04/2011

ade LDP utk semua guru kat sek. Ustaz Zam menerangkan tentang multimedia dan pembinaan laman blog /web..... hurrmmm...mmg canggih la blog beliau.....ade iklan2 yg leh menjana pendapatan tambahan...... nak gak la wat camtu......

mujur ade kursus ni...klu x berkubur gak la blog nie....hehehe....... jenuh gak td nak cari smula paswword sbb dah lame x login.....hua..hua..hua....

Tuesday, November 16, 2010

PENGORBANAN

Assalamualaikum.....

Salam Aidiladha..... Sebanyak mane kita telah berkorban.... Sejauh mane kita telah terkorban....??? Pengorbanan insan2 di sekeliling kita yang tidak terkira jasanya...sudah berbalaskah pengorbanan itu? huh...persoalan yang tiada jawapan.
Apa yang pasti....semua insan mengharapkan pengorbanan mereka diniliai disisi Allah. Insyaallah...mudah2an.... Cuma..diharapkan agar kita semua tidak terkorban dgn kemajuan dunia...dgn pemodenan dan pengaruh kebaratan yang semakin berleluasa.
Untuk "kehidupan abadi" di alam sana....kita perlu mengorbankan kemungkaran "kehidupan sementara" di dunia ini...tetapi...mampukah kita berkorban???

Monday, November 15, 2010

PINJAMAN!

Assalamualaikum.....

Allahu Akbar! Tanggal 5/11/2010...detik Allah menduga daku & suami tercinta. Allah sedang menduga kami tentang SABAR dan IKHLAS.....Hanya 2 bulan DIA meminjamkan "bayi" untuk duduk didalam rahimku....membenarkan kami merasa nikmat bahagianya menanti zuriat...nikmat berserinya bergelar ibu mengandung....nikmat suamiku diduga dengan alahan dan ngidam dia.... semua itu hanya pinjaman... Allah menarik balik kegembiraan itu.... kami redha... Dengan kesabaran...kami akan terus menanti pinjaman yang akan Allah beri kemudian nanti...kerana ku yakin... Allah Maha Mengetahui.. DIA akan gantikan dengan yang lebih baik... INSYAALLAH!

Thursday, May 27, 2010

TAWAKAL KEPADA ALLAH S.W.T

SURAH 26, ASY-SYU’ARAA’ , JUZ 19, AYAT 217-220

(217).Dan berserahlah kepada ALLAH Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
(218).Yang melihatmu semasa engkau berdiri (mengerjakan sembahyang).
(219). Dan (melihat) gerak-gerimu diantara orang-orang yang sujud.
(220). Sesungguhnya Dia-lah jua yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

SURAH 33, AL-AHZAB, JUZ 21, AYAT 3

(3). Dan berserahlah kepada ALLAH (dan janganlah menumpukan harapanmu kepada yang lain), kerana cukuplah ALLAH menjadi Pentadbir urusanmu.

SURAH 64, AT-TAGHAABUN, JUZ 28, AYAT 13

(13). ALLAH, tiada Tuhan melainkan Dia, dan dengan yang demikian, kepada ALLAH jualah orang-orang yang beriman wajib berserah diri.

SURAH 65, AT-TALAAQ, JUZ 28, AYAT 3

(3). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada ALLAH, maka ALLAH cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya ALLAH tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. ALLAH telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Thursday, May 20, 2010

Bertautnya cinta

Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amal kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang islam (yang berserah diri) kepada-Mu, dan jadikanlah daripada keturunan kami umat islam (yang berserah diri)kepada-Mu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (al-Baqarah: 127-128)

KELUARGA BARU

IBU & BAPA MERTUAKU.....

Alhamdulillah......terima kasih tidak terhingga utk mak & pak kerana merestui cinta kami.... Bersyukur sangat terhadap ILLAHI kerana dikurniakan ibu bapa mertua sebaik kalian..... Rasa disayangi...diterima dengan sepenuh hati. Semoga kasih antara kita berkekalan dan bertambah dalam. I LOVE BOTH OF YOU!

Wednesday, May 12, 2010

Terima Kasih Ayah Emak!


Ya ALLAH, kasihilah ayah dan emakku seperti mereka mengasihiku.
Ayah Emak...terima kasih tidak terhingga atas segala yang kalian lakukan untuk anakmu ini. Kasih dan cinta yang kalian curahkan...hanya ALLAH yang mampu membalasnya. Bermula daripada aku lahir ke dunia sehinggalah kini...kalian mendidikku tanpa pernah jemu. Daku sangat bersyukur dikurniakan ibubapa sehebat kalian....terima kasih yang tidak terhingga ku ucapkan. Ku harapkan agar doa kalian sentiasa mengiringi kehidupanku di dunia dan akhirat. Amin.
I REALLY LOVE BOTH OF YOU!